![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
| chapter 25 { adakah COUPLE itu merugikan ? }
![]() p/s : first impression gua bila gua bace benda niy , satu ayat yang keluar dari mult gua is " AAH LA " bg korang yang da baca niy gua x twu la first impression korang ape kan . bnd niy gua jumpe dekat dalam internet . so , disini , gua nak share dengan korang semua . so , take a look and enjoy it :D pagi tadi seorang kenalan memberitahu bahawa dia telah ' clash ' dengan awek barunya . alasan aweknya , tak mahu membebankan dia . kenalan ini memberitahu , sudah banyak duit dihabiskan pada aweknya ini . perkara pertama yang merugikan : wang ringgit . kenalan ini mengatakan bahawa setiap kali keluar , paling tidak rm 300 mesti ade dalam tangan . kalau tak jangan beranganlah nak keluar . perkara ini dah banyak kali jadi tajuk perbualan . adik adik lelaki saya selalu memprotes . kenapa setiap kali keluar , mesti lelaki yang kene belanja ? ini pula jawapan saya , kalau tak mampu , jangan COUPLE ! tak tahu kenapa , sudah menjadi satu kemestian lelaki yang keluar belanja . kalau tak , kira tak macholah . ni kata oranglah . tak gentle men . bila da COUPLE mesti kene care . so kenalah selalu contact . top up hp toksah ceritalah . kalau guna bil , mesti jenuh fikir nak bayar bil . perkara kedua : masa . setiap masa nak kene fikir pasal si dia . sihat ke tidak . makan ke tidak . betul tak ? perkara ketiga : komitmen . sebenarnya dalam hidup ini ada banyak lagi tanggungjawab yang kene kita penuhi . kalau still belaja , tanggungjawab sebagai pelajar . nak settlekan assingment . dapatkan result elok . ramai yang berjaya tapi ramai yang terlangkup . kalau yang dah kerja tapi setakat utk cukup cukup makan pula . yang keempat pula akan terjadi . perkara keempat : tak ada simpanan . macam mana nak ada simpanan kalau gaji asik habis joli katak . dating , beli hadiah dan segala macam lagilah . taraf hidup zaman sekrang ni makin lama makin meningkat . kalau dah khawin nnt , ada anak . lagi bertambah tambah bebanan . mana ada nurseri yang ambil lampin biasa dah . semua pakai buang . duit upah jaga baby lagi , susu , air , api , bil eletrik , kereta , sewa rumah . perghhh . memang pening kepala kalau fikir . kalau tak ada simpanan , jangan kata berkeluarga . nak khawin pun gigit jari jelakan . perkara kelima : tambah dosa ! jangan kata COUPLE ni semuanya kurang . ada jugak yang bertambah . tambah dosa ! :) yang ni paling kritikal sekali . bila da COUPLE , mula mula pegang tangan lama lama buat buat lebih lebih . pastuh bila naik motor , berlaga laga . bukan semua tapi cuba tengok berapa ramai yang still ade pegangan ? sudahnya terlanjur ! biasalah , bila dah berdua , mesti ade pihak ketiga . masalahnya , nak tau tak sekarang ni berapa jumlah bayi luar nikah yang ada dalam rekod Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia ? 68000 ! bayangkan perasaan dieorang semua bila satu hari nanti status diri mereka di bangkitkan ? mak ayah buat salah , anak yang tanggung malu . kena herdik , hina dan maki . kesian ! dari ats perkara keenam bakal terjadi . bukan semua tapi sesetengahnya . perkara keenam : membunuh . bila perut dah boyot , barulah malu . menyesal . lepas tu bila anak lahir . buang dalam tong sampah , longkang , lubang jamban . dah buat dosa , lepas tuh tambah lagi dosa . membunuh pulak . yang paling memalukan bila dah COUPLE ni perkara seterusnya akan berlaku . perkara ketujuh : kehilangan . hilang akhlak moral , hilang kedaraan , hilang maruah dan hilang mc mcm lagi lah . yang pakai tudung pun , perangai tak serupa orang ==' memang benar siaplah kita untuk menidakkan perasaan . perassan untuk menyayangi dan di sayangi kembali . tapi pandai pandailah membawa diri . perasaan itu sebenarya luhur . yang rakus itu namanya NAFSU ! selahi namanya manusia , selagi nafsu itu tetap ada . lagipun , kalau fikir fikir balik, COUPLE itu ... perkara kelapan : membazir . macam macam perkara akan terbazir , duit , masa , air mata , masa depan . bila clash . frust menonggeng nonggeng . result merundum . lagipun bercinta lama lama pun , satu hari nnt tiba tiba kita akan bosan dengan couple sendiri . sebab tu ramai orang COUPLE & CLASH ! macan jadi trend pula . ataupun macam touch and go . kata orang COUPLE itu menghilangkan kebosanan . tapi bg saya , COUPLE itu memeningkan . nak kena sentiasa berfikie pasal orang lain , ambil berat pasal orang lain . jaga hati dia lagi . humpp . perkara kesembilan : memenatkan . kepala otak asik fikirkan dia . bila gaduh , penat nak cari jalan memujuk . ada setengah kes , couple bagai nak rak . tup tup khawin dengan orang lain . jalan terbaik adalah baik khawin terus ! tak ad pembaziran . kata orang , couple tu proses mengenali hati budi . tapi percayalah . kadangkala orang bercinta ini hipokrit ! kalau yang perempuan , cakapnya selembut kapas . manja je . lembut dan ayu sentiasa . lelaki pula , selalunya penyayang , ambil berat dan prihatin , marah marah pun jarang walaupun geram .semuanya indah indah belaka . macam musim bunga . sebab tu walaupun khawin cinta , tapi penceraian berlaku jugak . tu semua takdir . kadang kadang tu jodoh pilihan keluarga lagi tahan lama dari ynag khawin ats dasar cinta , atas dasar suka sama suka . manusia ni bila suka , dia takkan tunjukkan true colour . bila dah tak suka barulah keluar belang dan taring . selalunya bila dah khawin . segalanya tak serba kena . time inlah dia akan tunjukkan diri yang sebenar . so , kesimpulannya kat sini . COUPLE tu lagi banyak merugikan dari memberikan kebaikan . cuba anda list kan sebdiri baik dan buruknya . rasanya list yang buruk esti panjang berjela jela . khawin je tidak merugikan kerana khawin itu sebenarnya untuk sepanjang hayat . bila dah ada anak sendiri , secara automatik tanggungjawab akan kita rasa . khawin tu sebenarya satu pencapaian . sebab tu orang selalu kata khawin itu mendirikan masjid . sebab banyak kebaikannya yang kita boleh perolehi . :D p/s : fiuhhh . panjang berjela jela kan . penat gak gua nak taip balik . so ini adalah something yang gua nak share kan dekat anda anda semua . but ! benda ni bukan gua yang reka reka ea . benda niy jugak bukan dari gua . gua jumpa dalam internet then gua cuba sampaikan dekat you all semua . jangan gatal gatal kata bnd ni gua yang reka reka ea . so , gua da penat . gua undurkan diri dulu . selamat malam :D thx for reading . ![]() ![]() |